we are

Kamis, 25 Agustus 2016

Aneka Resep Olahan Sup

Posted by   on

Sup atau sop adalah masakan berkuah dari kaldu yang dibuat dengan cara mendidihkan bahan, dan biasanya diberi bumbu serta bahan lainnya untuk menambah rasa. Bahan yang terdiri dari daging, sayur, atau kacang-kacangan direbus sampai membentuk sari.


Resepi Sup Ikan Merah

Bahan2: 
2 keping ikan merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api
3 sudu sos tiram
1 cube pati ikan bilis
sayur2an ( Brokoli,tomato)
2 peket Suh hoon
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam dan serbuk perisa
Air dan sedikit minyak utk menumis
Cara menyediakan:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih dan cili api sehingga layu.
Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih seketika.
Apabila air sudah mendidih,masukkan sos tiram ,pati ikan bilis serta serbuk lada hitam dan diikuti dengan ketulan ikan merah.
Apabila ikan setengah masak,bolehlan dimasukkan sayur dan juga suh hoon yang telah direndam lembut.
Akhir sekali..perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perisa.


Sup Gear Box

Kaki lembu dipotong
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Perencah Sup serbuk
Rempah menumis 
Garam
Bawang goreng
Daun sup

Kaki lembu direbus hingga empuk. 
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang. Bila garing, masukkan rencah sup serbuk. Goreng dengan api perlahan hingga garing dan berbau wangi. 
Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa.


Resepi Sup Ayam 2016

Bahan – Bahan Resepi Sup Ayam :
500 gm ayam ~ di potong kecil dan cuci bersih
1/2 batang lobak merah ~ di potong memanjang. Lebih kurang 1 inci
2 biji kentang ~ di potong baji
1 biji tomato ~ belah 4
Daun sup dan daun bawang di mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga
Bahan Untuk Dikisar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis ~ sangai dahulu
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih ~ sangai dahulu
Cara Penyediaan Sup Ayam
Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
Kemudian masukkan ayam dan biarkan sebentar
Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
Bila sup dah mula mendidih masukkan lobak merah dan kentang
Masak hingga empuk
Masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Taburkan daun sup dan daun bawang apabila hendak menghidang


sup telur

BAHAN-BAHANNYA 

3 biji kentang, kupas dan potong 8 setiap biji, rendam
4 - 5 biji telur gred B
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
60 gram fucuk @ tauhu kering potong kecik dan rendam hingga lembut
1 kiub ayam
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasa
Lada hitam kisar (extra)

CARA MEMBUATNYA 

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan kacau rata. Tuang air secukupnya hingga kentang tenggelam, masukkan kiub ayam (jika guna). Masak hingga kentang 1/2 empuk.
Pecahkan telur satu persatu dalam periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kacau berhati2. Masukkan fucuk (toskan) dan juga soo hoon (toskan). Tambah garam secukup rasa dan juga lada hitam.
Masak dengan api sederhana hingga fucuk lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan..


Sup Tulang Sedap 

Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi 
1 batang kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
1 labu bawang besar - di hiris 
1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar 
Air rebusan tulang secukupnya 
1 batang lobak merah ~ dadu 
2 biji kentang ~ dadu 
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato - potong dadu 
1 batang celery - hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi - hiris
Bawang goreng - tabur

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1/2 batang lobak merah 
1 batang celery 
1 batang leek 

Cara cara: 
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti. 

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing. 

Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing. 

Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.

Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih. 

Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.

Sambal Kicap 

Bahan bahan:
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap ABC/kicap manis 
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil cuka makan

Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.



Resepi Sup daging

BAHAN-BAHAN: 
1 kilo daging lembu 
6 biji kentang 
3 biji tomato 
1 pokok daun sup n daun bawang 
3 batang celery 
Garam secukup rasa Air mencukupi sehingga menutupi daging dalam periuk 
*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak daging . 

BAHAN-BAHAN TUMIS : 
1 batang kayu manis - anggaran 3cm panjang 
3 biji bunga cengkih 
1-2 biji bunga lawang 
3 biji buah pelaga 
4 biji bawang merah 
1 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
4 cm halia 
1 sudu besar ketumbar* 
1 sudu besar jintan putih* 
1 sudu kecil lada hitam* 
Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus . 

CARA MEMASAK : - 
Semua bawang , halia dikupas kulit dan dimayang halus . Biji Ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh halus . 
Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 . 
-Panaskan sedikit minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang , halia dan kacau dan biarkan sampai bawang layu kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . 
Masukkan daging tadi dan kacau dan biarkan sampai kuah mendidih . 
–Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua ubi kentang serta batang celery yang dipotong kecil .
Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup. 

Tidak ada komentar:
Write komentar

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter